31 JULY 2010

Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan Julai kan? Hehe,aku baru je habis makan nasi lemak kukus.Aku beli dekat pasar malam.Sedap gila kat situ.Tadi pergi dengan Mimi,Khalidah and kawan KAT sorang.KAT ye khalidah? Hahaha! Petang tadi jugak aku ambil pelamin dekat Wisma Sejarah.Kalau tak aku follow angah aku ambil gambar but aku letih gila,semalam habis buat pelamin dalam pukul 3 pagi.Tak larat gila nak bangun.Sampai je sana,aku tengok ramai gila photographer lebih 5 orang kot.Tapi dalam satu cawangan jugak.Jealous gila aku tengok.Lantak lah...malas nak cakap.

Nak cerita about semalam: Semalam aku pergi kolej ingat ada class,rupa-rupanya cancel.Sampai je sana,aku lepak dengan member-member aku.Dorang cakap nak pergi karaouke.AKu on je tapi duit cukup-cukup je.Lepas tu aku lepak kolej kejap.Lepak dekat studio.Tengok ramai gila budak-budak so ingat nak stay luar je tapi kena panggil pulak.Dorang ada meeting about about kem.Ramai ajak aku,tapi aku takut nak bagitahu.So aku call ayah aku nak confirmkan dapat pergi ke tak.Akhirnya,aku dapat pergi jugak.

Ni kira first time kot pergi kem.Hehehe,then dalam masa yang sama jugak aku disakat oleh member-member aku.Sumpah malu doh! Hanya orang yang tertentu je yang tahu about tu.Korang stop it ok.Dia bukannya suka apa yang korang cakap tu.Muka dia aku dapat tahu weh.Ah! Lupakan.Habis je meeting kami gerak KTV.Ramai jugak follow.Antaranya,Aby,Syamim,Dayah,Naim,Zul,Tyra,Ari,Fatin,Kak Yana,Panjang and Nad.Best gila layan,even aku nyanyi just satu lagu je.Hahaha! Yang Ari bawak ular.Sumpah aku benci ular.Geli gila! Tamat je sesi karaoke,kita orang balik then lepak foodcourt.Syamim pulak,kenakan aku about apa yang type dekat blog ni.Dia bagi member-member aku yang lain baca.Dorang tergelak-gelak pulak.Malu doh! Sabar jelah.Ok lah tu,Panjang sangat aku type ni.Esok-esok aku cerita lagi.BYE!





By,
Ryn Dzulkhairi