31 AUGUST 2010

MERDEKA MERDEKA MERDEKA! Semangatkan aku? Hehe,aku kan anak Malaysia.Tapi,bangun pukul 10.00 pagi.Sambut apa macam tu kan,hahaha! Tak apa,aku bangga jadi warganegara Malaysia.Ok nak cakap pasal hari ni.Today aku kemas bilik aku.Tengah sibuk-sibuk,tiba-tiba my grandpa cakap ustazah yang mengaji aku dulu sudah meninggal dunia.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman.Al-fatihah...

Habis je selesai menziarah,aku sambung kerja aku sampai pukul 4 lebih.Habis je penat mengemas,aku tolong my mom masak.Aku tolong buatkan cekodok.Sedap tau! Rugi korang tak dapat makan.Hahaha! Family aku complain yang cekodok yang aku buat bentuk dia aneh.Macam-macam,my dad cakap macam bentuk kerbau.Eleh,tapi habis jugak kan? Hmmm!!! Esok dekat kolej aku ada pertandingan nasyid antara course-course yang lain.Hope DRG menang lagi.Good luck to Abang Ameer,Abang Nasyreeq,Khalil,Shah,Aby and siapa-siapa yang terlibat.

That's all for today.Ha! To my sayang,Aidil Mahathir.I miss and love you so much!







By,
Ryn Dzulkhairi

29 AUGUST 2010

Today aku berbuka dengan Mimi and Ekin dekat rumah Ekin je.Best lepak dengan korang,amik-amik gambar,amik video.Tapi aku tak kan show kat sini.Sumpah macam orang asli je muka aku,hahaha! Weh korang,assignment aku dah siap.Petang tadi aku siapkan.Huh! Lega kot,tapi just tinggal for final.Yang tak siap lagi,brochure,mukataip and final for poster je.Aku takut lah exam final akan datang.Time raya pulak tu.Takut takut...

Ha! Esok aku ada pendaftaran for PTPTN.Hope kali dapat lah weh.Dah kali ke-3 mendaftar ni.If tak dapat jugak,tak tahu nak buat apa.Maybe korang dapat kad kahwin from aku lah tu.HAHAHA! Dengan siapa lagi,my sayang lah,hehe.Wow! Muda lagi,cita-cita pun belum capai lagi.Ok lah,esok nak bangun awal sahur! Now asik aku je last bangun sahur.Makanan cepat je habis.Hesh! Esok ada class BI ke tak.Rindu pulak dekat budak kolej aku.Siapa lagi,Yana,Zaty,Kecik,Nurul,Fatin semua lah.Yang Si Syafiq Zainal nak stop study kat PTPL dah :( Hope kau enjoy dekat Aswara ok.Dah la,tu je aku type.BYE!






By,
Ryn Dzulkhairi

28 AUGUST 2010

Hey guys.You know what,muka aku sekarang letak beras and campur sikit dengan asam jawa cause nak cantik kan muka lah katakan.My mom yang letak kan.Dia kata nak tengok muka anak dia cantik,hahaha! Thanks mummy :) Ok nak cakap pasal apa eh? Hurmmm...

Semalam aku dengan budak DRG lain berbuka dekat kolej.Sumpah best gila dengan korang.Time berbuka kita orang just makan kurma dulu,mana tak nya if makan banyak susah nak bangun sembahyang pulak.Tapi kan,ni kira first time aku rasa kurma sesedap tu.Nak je bawak balik.Tapi segan pulak,hehehe.Ok,habis je sembahyang Maghrib,time untuk mecekik pulak.Peh! Lauk macam lauk kenduri je aku rasa.Suasana pun macam orang kahwin.Sedap sedap sedap! Selesai je memboncitkan perut,budak DRG lepak dalam kolej.Kita orang ada sesi akad nikah.Tok kadi dia Abang Ameer.Pengantin lelaki dia pulak,Shah,Amar and Khalil.Adoih,sumpah kelakar! Nama aku turut serta dalam game tu.Tapi aku tak nak join! Segan doh.Herrr...

Lepas tu,time nak balik dorang nak kena kan Abang Nasyreeq.But tak menjadi lah weh.Dia kuat ok.Kan kan kan? Padan muka korang.Tapi still happening.Adoih,ingatkan aku nak letak picture.But tak ada lah.Ada kat Muhaimin.If dah korang tengok kat FB je lah eh.Hehehe :p Ok lah tata :D






By,
Ryn Dzulkhairi

25 AUGUST 2010

Today nak cerita pasal apa ye? Hurmmm...aku hari ni berehat.Tak ada buat assignment.Esok aku baru nak buat cause esok banyak masa.Habis class tipografi pukul 11 pagi.So lepas tu takde,boleh buat thumbnail balik.Cakap pasal thumbnail,aku kena buat balik.Hasil kerja aku semalam bukan thumbnail but dah sampai semi komp.Wow! Hebat jugak aku.Hahaha! Terpaksa cari idea lain.Dah lah nak 10.Haih! Tadi aku buat presentation for English.Terbelit-belit lidah aku.Gabra punya pasal,hancur aku cakap.Tapi lega cause dah buat.Lepas tu,aku pergi Audi 1 cause ada debat antara course-course yang lain.

For your info,DRG menang.Macam tak percaya je,btw congrats to Abang Akram,Abang Ameer and Kak Eyra.Ok,nak cerita apa lagi? Ntahlah,otak dah blur macam ni lah.Tu je aku nak cerita.One more thing,I miss my Mahathir :( ok dah bye!






By,
Ryn Dzulkhairi

24 AUGUST 2010

Yeah! Thumbnail aku baru je habis.10 thumbnail tau.Herrr...letih tangan aku ni.Badan pun sakit-sakit.Tapi siap jugak.Assignment aku pun dah 3 aku selesaikan.Lepas ni kerja untuk final pulak.Adoihhh! Letih gila,tak ada masa nak call and mesej my darling.Honey,sorry ye :(

Tadi aku ada tengok clip from panggilan apa ntah.Tentang perempuan jahanam.Hesh! Apa nak jadi zaman sekarang.Duit yang dia cari dulu.Kesian laki yang jual burger tu.Kena maki 'kaw kaw' punya termasuk DJ tu sekali.Duit memang penting,yelah siapa nak tanggung family kita kan.But,kasih sayang,keikhlasan & kejujuran tu penting jugak dalam satu hubungan.If tak ada benda tu macam mana hubungan nak kekal.Betul tak? (aku ni pandai pulak cakap) hahaha! Tapi betul lah difikirkan balik.Susah nak cari pasangan yang baik sekarang.Nasib baik aku ada my gemuk :p I love you sayang.Ok lah guys.Aku dah penat ni.Mahu tidur,bye :)






By,
Ryn Dzulkhairi

23 AUGUST 2010

Hey,bapak rindu nak type.Hahaha! So yeah,macam-macam cerita aku nak habaq kot.Tapi aku ni malas sikit nak tulis panjang-panjang cause ikut mood.Today mood aku serabut.WHY? Aku banyak gila assignment yang harus aku buat.Banyak kerja tertangguh cause aku tak ada software AI.Akhirnya aku dapat jugak.Satu demi satu kerja aku buat.So now,aku tengah buat for Tipografi.Pening sikit nak buat.But aku cuba jugak buatnya.Ehem-ehem,nampak tak picture kat bawah tu? Meh aku cerita sikit.


Last Saturday aku makan luar dengan my bestfriends iaitu,Ekin,Nad and Mimi.Kita orang hangout dekat Mid Velly je.Lama kot tak keluar sama-sama.Kan kan? hehe :p Kita orang have fun gila.Amik gambar semua lah.Time makan pulak,kita orang makn Asam Laksa dekat Jusco je.Sedap kot kat situ.Haih,tengok! Terliur kot sekarang.Sabar jelah.Ok lah,tu je kot aku nak cerita.BYE!






By,
Ryn Dzulkhairi

20 AUGUST 2010

Pehhh! Kenyang gila today.Makan besar aku hari ni.Mana tak nya,time berbuka makan nasi+sambal sotong+sup tulang.Then makan char kueh tiow.Lepas tu,time tengah makan tu,Eppy bagi aku SubWay and Mcd.Perut macam tong drum kot.Tapi tak apa,puas.Aku baru lepas jumpa Ekin,my besfriend.I really miss her.Peluk-peluk tadi.Sumpah rindu kau.Hari Ahad kau nak balik dah kan :( Nanti kita lepak lagi.

Hari ni aku tak berapa sihat.Tak selesa kot time belajar tadi.Asik pegang tisu je.Husband aku dah pesan if tak larat tak payah pergi.Mula-mula ok tau.Then bila dah masuk je kolej.Bersin tak tentu pasal.Sumpah benci gila selsema.Bila lah nak hilang ni.Tadi aku balik je dari class,aku pergi bazar then

18 AUGUST 2010

Today sudah hari ke-8 kita berpuasa.Cepat je masa kan.Aku pulak dah 4 hari tak puasa,hehe :p So apa nak cerita hari ni? Hurmmm...today penat lah jugak.Aku pergi teman Syafiq and Eppy pergi tanya about kolej.Kolej yang kita orang pergi ialah KLMU.Pergi je sana bersepah student sana.Kebanyakkan yang aku tengok HOT-HOT belaka.Hish! Boleh buta mata aku kat sana.Yang Syafiq and Eppy mesti suka kan,dapat tengok girl yang HOT stuff.Tapi memang betul pun.Dorang cari pun cause ada problem sikit dengan hal kolej sekarang.Adalah kan...Hurmmmm...

After that jalan-jalan kat pertama eh? Hahaha,aku dah lupa nama tu.Dorang nak cari camera and speed light.Orang kaya kan nak pergi Singapore bulan 12 nanti,hahaha! Sampailah ada satu kedai kakak ni,kitaorang je datang dia mintak tolong edit picture bagi backround putih.Semua nak try.Tapi akhirnya dapat selesaikan jugak.Nasib baik kita orang ada tau,hahaha! Lepas tu balik,bapak penat berjalan ke KTM at Bank Negara.Then,aku terus balik naik LRT.Bila dah naik,train delay pulak.Lama kot aku tunggu dekat KL Sentral.Boleh tertidur kot.Hesh! Nasib baik sampai rumah before pukul 6.Alhamdulillah...

Tadi aku siapkan kerja tipografi aku.Banyak jugak assignment aku tak siap lagi.Yelah,aku tak ada Ai.Susah sikitlah.Lepas buat kerja,then tambah lagi satu kerja.Angah aku suruh letak picture pengantin dalam facebook.Dia dah bising cause pengantin yang lain nak tengok hasil kerja dia.Baru je siap ni.Kalau tak cukup tu sorrylah.Now camera aku tu macam bengong sikit.Ada je hal.Oklah,tu je.Esok sambung lagi.Tata Titi Tutu :)






By,
Ryn Dzulkhairi

16 AUGUST 2010

Today aku berbuka dengan budak-budak batch aku termasuk dengan budak sesat.Hahaha! Antaranya...Syamim,Aby,Adam & Hawa,Zatty,Yana,Syafiq,Kecik,Naim,Izul and Eppy (budak sesat) :P Actually kita orang dah pening nak berbuka kat mana cause ada yang pergi jamming dekat Bandar Tasik Selatan ingat buka kat sana.Tapi memandangkan ramai bontot malas nak angkat so,akhirnya makan dekat KL Sentral jugak.Tapi ada jugak problemnya.Masalahnya nak makan kat mana.Pergi KFC,SubWay,Rasa Mas or Ayam Mas,foodcourt lah.Finally,makan dekat MCD jugak.Aku order set GCB (Zatty,bukan VCG tau,hahaha).Then makan ramai-ramai.Macam-macam karenah aku tengok dorang ni.Tapi best gila makan dengan dorang.Then time balik ambik gambar.Amik gambar dekat depan MCD tak boleh bla.Macamlah tak jumpa dorang dekat kolej kan.Haih! Tapi tak apa.Kenangan babe.

Hope kita dapat lepak lagi.Lepas ni,insyallah aku join budak DRG pulak makan luar.Tak tahu dapat keluar ke tak.Hurmmm...hope dapatlah.Oklah,maybe tu je.Jari jemari aku pun sudah letih nak menaip.Korang nak tahu terjadi pada esok? Nak tahu lebih lanjut? Tungguuu...bye :)






By,
Ryn Dzulkhairi

15 AUGUST 2010

Hey guys,sorry cause dah lama tak post.Agak busy sikitlah,maklumlah now puasa kan.So penat pun ada.Balik je from kolej,berbuka then malam tak tentu.Kadang-kadang awal pulak mata ni nak tidur.So tak sempat nak type kat sini.So yeah,today aku dapat type blog.Hurmmm...nak cerita apa ye? Ha! Hari ini aku tak puasa cause dapat lesen P.Hahaha! Tahu tak? Hehe,pandai-pandailah korang teka ye.Tapi actually tak best tau if tak puasa.Tak ada feel.Tadi pun melantak sikit je.Tapi bila berbuka ramai-ramai,peh macam-macam makan.Perut ni melayankan aja.

Tadi pergi bazar dengan Aril,Eppy and Eppy's friend.Mak aku dah pesan jangan beli banyak sangat cause mak aku dah beli banyak tadi.Dah janji dengan Aril nak pergi bazar,so ingat nak teman dia je.Tapi dia suruh aku beli jugak.Aku beli lah Yong Tau Foo.(betul ke aku eja ni?) Ok,tamat untuk pasal puasa.Nak cerita about hari jumaat.

Aku ada bermasam muka dengan member kolej aku.Dorang kenakan aku! Tak baik tau korang.Dorang text aku,cakap ada hal penting.Time tu aku dekat Bangsar.So aku pergi naik train.Sampai je dekat surau.Aku tengok dorang gelak-gelak.Actually dorang nak ajak lepak je.Agaka panas jugak wa kat situ.Tapi,lama-lama tu aku ok balik cause dorang mintak maaf.Lain kali jangan buat lagi.Penat doh...

Hurmmm...to my sayang.Gemuk,I really miss you now.Now,tengah text dengan dia.Dia cakap dia rindu aku.Ingat honey sorang je rindu? Hey,kalau boleh nak minatk pintu doraemon pergi rumah sayang tau,hehe.Oklah tu je aku nak cerita.Selamat berpuasa :)






By,
Ryn Dzulkhairi

11 AUGUST 2010

Hari ni dah start puasa.Pagi tadi sahur agak memeritkan jugak.Sampai 2 orang kejutkan aku.First was my husband.Dia pulak bangun awal,so dengan nada suara aku yang menyakitkan telinga siapa yang mendengarnya aku pun angkatlah.Tengah OTP ni,my mom pulak kejutkan.Yang si gemuk tu gelak pulak cause dia record suara aku bangun tidur.Tak apa,alah baru mula puasa memang semngat bangun awal.Tengok part akhir nanti.Siapa record suara siapa kan sayang? hehehe :p

Tadi aku buat speaking test,boleh jugak aku buat.After that dapat result.Hurmmm...agak menghampakan jiwa dan raga aku.Just dapat C+.Dah agak Bi aku macam tut tut tut! Hahaha! Biarlah benda dah lepas.Habis buat benda alah tu,aku balik dengan Zaty.Sampai rumah called my jawa.Kemudian rest kejap,lepas tu pergi bazar.Hehe :D Mula-mula ingat nak beli ayam 'Uncle Bob' tapi tak ada pulak.Dengan muka yang kesal terpaksa beli murtabak.Ni pun tak makan lagi murtabak.Lepas ni baru nak makan.Perut aku dah full cause makan banyak sangat tadi.

Today adik aku,Dzulkarnain puasa.Umur dia 7 tahun.Before berbuka aku suruh tunjuk perut dia,bapak leper.Ok,betul-betul puasalah tu kan.Then,dah start makan baru dengar suara dia.Kalau tak asik nak baring je.Kesian,tak apa.Nanti atuk bagi duit raya if Nain puasa penuh.Ehem-ehem,aku pun nak jugak! :P Hahaha! Oklah,esok ada kuiz tipografi.Nak pergi baca buku.That's all.Daaa :)





By,
Ryn Dzulkhairi

10 AUGUST 2010

Seperti yang sedia maklum,tarikh kita berpuasa jatuh pada esok yang telah diisytiharkan oleh pak cik yang handsome lagi cute tadi kat TV,hehehe.So korang jangan tinggal puasa especially kepada lelaki.Jangan nak bagi alasan apa-apa,lain lah perempuan confirm tak penuh puasa.Faham-faham je lah lampu merah menyala,hahaha! Tapi jangan lupa ganti nanti.So esok kena bangun sahur.Rasa tak sabar pulak nak puasa ni.Ye lah suasana aku sekarang lain.Now kat kolej.Macam-macam dugaan boleh kita dapat.Ni ha,koleh aku ni di kelilingi oleh kedai makan.Dah kata KL Sentral kan.Hurmmmm...Tengoklah macam mana nanti.

Tadi aku ada class Tipografi.Weh aku nak inform kat korang ni,aku dapat result for tipografi is A- (75%) atas bukit je,haha! Alhamdulillah...tak sangka aku.Esok aku ada speaking test.Takutnya,if dah buat tu boleh dapat tahu result.Macam manalah reslut aku kan.Tunggu dan lihat.Tadi jugak,ada budak kolej aku ada salah faham sikit.Biasalah kan...Hidup ni penuh dengan pacaroba.Cehhh! Aku tak tahu pihak yang mana betul.Korang berbaiklah eh.Aku suka tengok korang rapat macam dulu.Hope korang berbaik balik ok.

To my sayang ku gemuk! Baby nak bangun awal sikit dari honey.Baby nak dengar suara honey bangun tidur macam mana.Selalu ejek baby kan.Tengoklah nanti.Honey,you know what I really miss you now.Cepatlah topup ok.That's all for today.Tata! :D





By,
Ryn Dzulkhairi

9 AUGUST 2010

Hey guys! Today anniversary aku dengan Aidil Mahathir.Wow! I'm really happy today.Aku dah 2 tahun dengan dia.Sekejap je rasanya dah 2 tahun.Macam semalam je aku kenal dia (ayat yg biasa org guna,hehe).Hurmmm...tapi berita buruknya aku tak dapat hangout dengan dia.I'm busy sayang,I'm really really sorry.Mesti korang kata "apalah,tak celebrate sama-sama" and so on.So yeah,aku ni bukannya boleh keluar suka hati je.Aku ni anak keselamatan tau,haha.Tapi BF aku tak kisah tak dapat jumpa.Dia faham macam mana life aku.Dia dah biasa dengan semua tu.That's why aku dengan dia still bersama.Cehhh! So,if ada masa nanti baby try keluar ok.Ha,hari Rabu ni dah start puasa.If diberi kesempatan,kita boleh berbuka sama-sama.Untuk si dia,I love you so much :)

Ha,tadi aku pergi jamming dengan Syamim,Dayah,Eppy,Aby,Zul,Black,Adam dan Hawa.Best jugak tapi tak prepared lagu pun.Kelakar kot,yang Aby belajar main drum dengan Syamim.Ada bakat sikit.Yang lain pulak main ikut suka je.Aku pulak? Memekak,duduk,tengok budak main drum and ntah,macam tak tentu arah.Weh aku nak bagi tahu! Aku tak suka melatah,dorang kacau-kacau aku doh.Korang kacau-kacau,nanti korang melatah habis korang.Penat kot melatah,yang dorang suka pulak tengok.Tak apa...tengoklah nanti.Aby bakal melatah,hahaha! Actually kan aku tak tahu nak taip apa,hehe.Sorry lah post today agak melalut.And one more thing thanks to Eppy cause belanja rena naik teksi,hehe.Dah lah! Lama lagi aku type,lagi aku banyak merepek.Tu jelah aku nak cerita,bye!





By,
Ryn Dzulkhairi

7 AUGUST 2010

Aku baru balik dari pasar malam just beli ayam dekat 'Uncle Bob' and popcorn untuk mak tersayang.Aku just pergi dengan Mimi.Ekin tak dapat balik cause ada projek dekat kolej and Nadia pulak pergi rumah untie dia.Hurmmm...tadi aku hangout Mid Velly dengan family aku.Apa function aku? Hahaha,biasalah nak beli baju raya.Kena sedia awal-awal.Nanti time puasa merengek nak air.Aku beli baju dalam 4 helai and 3 seluar.Ayah aku kata ambik je apa kau nak,so apa lagi ambik lah tapi tak mahal lah aku tibai.Then pergi makan kejap,lepas tu balik.

Eh eh,aku rindu dekat BF aku lah.Sayang,baby rindu sangat-sangat dekat honey.Kita orang jarang contact start aku pergi kem.Aku busy kot.Ada je aktiviti,time malam pulak aku penat.So aku tak sempat nak call dia sangat.Sorry tau sayang.Tak apa,lepas ni baby try call sayang eh.Maybe tu jelah.Nak type panjang-panjang bukan nya korang baca sangat.Hahaha! Ok lah,bye :)





By,
Ryn Dzulkhairi

4 - 6 AUGUST 2010

Ok guys! Aku nak cerita pengalaman aku pergi Taman Negara.Sumpah best gila pergi sana dengan budak-budak DRG.Sumpah best gila! So,jom baca apa yang aku lalui selama 3 hari disana.

4 AUGUST 2010: Aku pergi menaiki kereta yang dipandu oleh bapaku untuk menuju ke KL Sentral.Aku gerak dalam pukul 7.20 pagi macam tu lah.Kena ada kat sana pukul 8.00 pagi.So kena gerak awal lah.Sampai je sana ingat aku je sorang awal.Ramai lagi yang lebih excited datang awal.Before letak barang aku beli makanan.Then,salam and cium-cium mak aku.Lepas tu aku pergi dekat dorang semua.Bila semua dah ada time untuk bertolak.Aku dapat sit belakang.Duduk seorang diri.Best kot boleh buat apa je.Then,ada jugak datang kat sit aku.Kami enjoy gila masa OTW pergi sana,tapi banyak berhenti.Tak tahu kenapa.Akhirnya,kita orang berhenti makan dekat tepi jalan.Aku makan nasi ayam and teh ais.Boleh tahan jugaklah.Before makan,ada perkara terjadi pada aku,ini pasal En Syafiq.Haih! Sabar jelah.Nak tahu ke? Rasanya tak payah! Malu doh.Habis je makan,kita orang teruskan perjalanan lagi sampai lah dekat Taman Negara.Then,angkat barang cari chalet.Bersyukur tempat kita orang complete and selesa.Aku satu bilik dengan Ayu,Ika and Dayah.Bilik budak-budak lain ok jugak tapi bilik for lelaki kurang memuaskan cause tak ada air,bilik panas and so on.Habis je pasal bilik,kita orang ada aktiviti.Pergi mandi dekat Lubuk Simpon.Best jugaklah.Pada waktu malam pulak ada Night Walk.Gelap gila pergi sana sampai Dayah kaki Dayah terseliuh.Kesian dia...Then,balik tidur.


5 AUGUST 2010: Bangun pagi aku dikejutkan oleh Miss Revathi.Dia kejutkan aku pakai bantal.Hahaha! Aku ni susah sikit bangun pagi.Lepas bangun mandi and breakfast.Selesai je makan,kami kena berkumpul di Aki Chalet(nama tempat kita orang tidur).Lepas buat senaman,kami kena daki Bukit Teresek.Bapak tinggi! Sambil mendaki kami perlu tahu jenis-jenis tunmbuhan dekat situ.Yang diterangkan oleh Abang Michael(tak tahu nama dia).Aku adalah group pertama yang disertai oleh Abang Ameer,Eppy,Ayu,Dayah,Nawi and Akil.Lepas tu kita orang kena daki bukit sampai ke puncak.For your info,aku orang pertama girl yang naik kat situ.Power tak? Hahaha! Lepas tu,kita orang turun balik cause nak naik Canopy Walk.Sumpah cuak! Belakang aku aku Muhaimin.Dia gerak-gerak lebih pulak kat situ,depan aku pulak Abang Nasyriq.Kesian dia cause takut.Hesh! Jahat betul Muhaimin.Then,kita orang balik ke tempat masing-masing.Sampai je kena rehat cause lepas ni ada aktiviti lagi.Banyak betul kan.Hurmmm...Dalam pukul 3.00 petang kena berkumpul lagi.Lepas tu,kita orang pergi ke boat yang telah disediakan.Aku group yang pertama so naik dulu,hehe.Kita orang kena tunggu boat2 yang lain.Tiba-tiba boat group ke-2 datang,giude tu pegang tempat kayuh tu,dia simbah air kat kita orang.Basah gila kita orang.Then,boat2 kumpulan yang lain.Apalagi balas dendam lah.Tapi sumpah best gila.Nama aktiviti ni Rapid Shooting.Bukan Rapid KL eh,Hahaha! Ada samapi kasut tercicir dekat sungai tu semata-mata nak balas dendam.Adoih,kesian betul.Tapi fun gila lah.Kemudian,kita orang pergi mandi sungai dekat satu tempat ni.Temapt tu aku pernah pergi cause last year pernah pergi under family aku lah.Lepas mandi tu.Aktiviti balas dendam ada lagi.Sampai lah kat jeti.Haih! Geram+syok! Ok habis je,ada makan malam.Buat BBQ dekat tepi pantai.Before dorang siap-siap kan makanan,kita orang main game.Then,kita orang makan ayam and nasi goreng.Air oren memang bagi aku kencing manis.Minum jelah sampai habis.Kemudian,dorang ada buat nyanyi sambil main gitar.Sakat-sakat orang.Tapi aku duduk tepi je cause melayan kan perut yang ada angin.Lepas tu,kita orang lepak dekat satu gerai ni.Dorang main card and shisha.Time tu ada sesi temuramah bersama aku cause dorang kata aku ni seorang yang pendiam.Habis je,aku naik lepak dengan budak yang stay depan chalet.Kemudian,Ary and the geng nak buat plan nak takutkan orang.Jadi hantu! Tapi yang berjaya,cuma 3 orang.Ziera,Hus and Apple je.Tapi menjadi jugak.Congrats! Hahaha,lepas tu(banyak kan lepas tu,hehe) Aku masuk tidur cause esok nak bangun awal.


6 AUGUST 2010: Aku dikejutkan oleh Eppy.Dia call aku tapi aku tak angkat.Then,aku mandi.Bapak sejuk air dia.Tapi layankan aja.Lpeas breakfast,aku tengok budak-budak DRG yang amik lukisan 2 untuk melukis.Dorang kena lukis serangga dalam keadaan zoom-in.Dalam pukul 11.20 pagi macam
tu baru check-out.Aku letih gila so tertidur dalam bus.Samapi je dekat satu tempat ni,kita orang pergi makan MCD.Aku lepak makan dengan Eppy,Aby and Dayah.Dorang kacau-kacau aku.Dorang cuit-cuit aku cause aku melatah.Hey! Aku tak suka melatah.Hish! Geram je.Habis melantak,naik bus teruskan perjalanan.Weyh,ada satu kes yang amat memalukan aku.Aku nak terkencing dlaam bus.Aku cakap dekat Dayah yang aku tak tahan.Sumpah weh tahap maximum.Driver bus tu tak nak berhenti kat tol pulak.Actually dah nak sampai KL Sentral tapi jalan jam gila time tu.Aku dah macam orang gila da.Budak-budak lain dah sakat aku.Nak bagi aku kotak lag,plastik lah and macam-macam.Aku tak boleh tengok nanti aku fikir nak terkucil je.Yang Abang Ameer pulak,ambik gambar aku tengah tahan.Adoih,malu gila time tu.Budak lain dah sorak-sorak kononnya bagi semangat.Semangat apa nya,lagi tak tahan adalah.Sampai je depan KL Sentral aku mencicit cari toilet.Dorang dah bahan-bahan aku.Lantak lah janji aku lega.Habis je proses melepas,aku cari beg.Then dorang tanya aku "ok tak? ok tak?" Hey,I'm ok! Hahaha,kemudian tunggu parents nak balik.Sampai je rumah,aku dengan tak mandinya,terus tidur.Dalam pukul 9 lebih aku bangun nak mandi.Tak selesa.Lepas tu makan and tidur balik.


Tu jelah yang aku nak cerita mengenai pengalaman pertama aku pergi ke camping.Memang happening.If my parents bagi lagi.Aku nak pergi lagi.Tu jelah,aku nak cerita.Hope you guys enjoy reading.





By,
Ryn Dzulkhairi

3 AUGUST 2010

Esok ada apa eh? Hehe,aku pergi kem! Yahoo! Excited sangat pun tak elok.Huh! Korang doakan aku ok-ok je jelah dekat sana eh.Takut pun ada jugak,cause biasalah hutan kan.Hurmmm...barang-barang aku dah prepared tadi.Baju,seluar,barang-barang sulit,berus gigi and so on.But makanan aku tak sediakan lagi.Nak bawak apa eh? Tadi aku tanya Fahmi,dia stock bawak meggie je.Hahaha! Tengoklah macam mana esok.Hey guys! Aku nak cakap ni,aku dapat result for Rekabentuk:Pengenalan.Aku just dapat 61.So B-.Ok lah tu kan,tak sangka weh.Alhamdulillah....

Tadi jugak,tak ada class,penat je datang.Tapi best lepak dengan member-member aku.Yang ada Zatty,Syafiq,Aby,Dayah,Syaza,Kecik and Mahya.Yang Yana,Nurul,Syamim and lain-lain ada class pulak.Tapi best! After that,aku balik dengan Zatty.Sampai je nak lintas nak pergi bustop area monorail,aku tengok jalan jadi 1 way.Adoih,macam mana nak cari bus.Tiba-tiba ada untie (wanita buta) macam tak ada hala tuju.Kesian dekat dia,aku suruh Zatty tolong.Ke hulu hilir kita orang cari teksi untuk dia.Akhirnya dapat jugak.Lepas tu,kita orang tunggu bus dekat depan sekolah SRK Brickfields.Jauh jugak kita orang berjalan.Zatyy kata "Kalau hari-hari macam ni boleh kurus".Itu kau Zatty,kalau aku pulak? Tinggal kulit je kot.Hahaha!

Maybe tu je aku nak type.Eh,aku sampai KL hari Jumaat.Jumaat aku cerita ok.To my husband.Baby mesti rindu dekat honey.If kat sana tak ada line,sorry tau sayang.I love and miss you so much AIDIL MAHATHIR! Oklah,aku nak tidur,esok kena bangun pagi.My dad hantarkan,hehe.Thanks :)






By,
Ryn Dzulkhairi

2 AUGUST 2010

Today dekat kolej aku ada bacaan yassin for before nak pergi kem and untuk puasa yang akan tiba.Aku pakai tudung tadi macam apa je,yelah dah lama tak pakai kan.Time sekolah je lah jadi alim sikit,hehehe :p After that,bincang about nak pergi kem.Yang perut aku today buat hal pulak.Actually daripada malam tadi.Meragam tak tentu pasal.Berapa kali pergi toilet.Bila sampai toilet tak nak pulak nak 'melepas'.Tension jugak! Now,dah ok sikit.Takut lepas ni dia buat hal pulak.

Weh,nak cakap ni aku dapat result for AI.Aku just dapat 68 or 64.Tak ingat,lantak lah janji aku lulus.Suka suka suka! Before aku nak ambik kertas aku,actually aku tersilap kertas.Aku tengok apahal tulisan aku lawa semacam.Tapi markah kat situ dapat 55.So mula-mula frust sikitlah.Rupa-rupanya,silap ambik kertas.Then,kita orang kena bagi balik.Yang aku tahu 2 orang je dapat A,Mahya and Aby.Congrats doh! Ni aku cuak dengan paper Bi aku.Macam mana lah kan nasib aku.Hesh! Tunggu dan lihat je lah.

Hari rabu aku dah nak pergi kem dekat Taman Negara,Pahang.But aku tak prepare apa-apa lagi.Beg pun tak ada,macam mana nak pergi.Bawak beg plastik boleh tak? Hahaha :D memang bocorlah kan.Pandai betul! Hurmmmm...so starting for esok aku kena kemas barang.Dah lah first time nak pergi.Tak tahu nak bawak apa.Ok lah,itu je aku nak cerita.Daaa...





By,
Ryn Dzulkhairi

1 AUGUST 2010

Kenyang gila makan speghetty yang mak aku masak tadi.Dah dua kali tambah kot.Sedap gila! Aku tolong mak aku potong bawang,tolong gaul and macam-macamlah supaya aku dapat makan my fav food.Today tak ada apa yang best sangat.Cuma esok je lah ada bacaan yassin dekat kolej aku.Just for budak-budak DRG je.Esok pakai baju kurung,tak kan nak pakai bikini pulak kan.Hormat sikit,so korang boleh tengok aku pakai tudung.Mesti ayu gila,hehehe :p

Oklah,untuk my husband.Baby rindu gila dekat honey,berapa hari je lagi kita nak 2 years.Tak sabar kot.Honey,I love you so much.After this,kalau honey dah balik bagi tahu.Baby rindu nak dengar suara sayang :p Hehe,that's all for today.BYE!





By,
Ryn Dzulkhairi

1 AUGUST 2010

Kenyang gila makan speghetty yang mak aku masak.Dah dua kali tambah kot.Sedap