31 JULY 2010

Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan Julai kan? Hehe,aku baru je habis makan nasi lemak kukus.Aku beli dekat pasar malam.Sedap gila kat situ.Tadi pergi dengan Mimi,Khalidah and kawan KAT sorang.KAT ye khalidah? Hahaha! Petang tadi jugak aku ambil pelamin dekat Wisma Sejarah.Kalau tak aku follow angah aku ambil gambar but aku letih gila,semalam habis buat pelamin dalam pukul 3 pagi.Tak larat gila nak bangun.Sampai je sana,aku tengok ramai gila photographer lebih 5 orang kot.Tapi dalam satu cawangan jugak.Jealous gila aku tengok.Lantak lah...malas nak cakap.

Nak cerita about semalam: Semalam aku pergi kolej ingat ada class,rupa-rupanya cancel.Sampai je sana,aku lepak dengan member-member aku.Dorang cakap nak pergi karaouke.AKu on je tapi duit cukup-cukup je.Lepas tu aku lepak kolej kejap.Lepak dekat studio.Tengok ramai gila budak-budak so ingat nak stay luar je tapi kena panggil pulak.Dorang ada meeting about about kem.Ramai ajak aku,tapi aku takut nak bagitahu.So aku call ayah aku nak confirmkan dapat pergi ke tak.Akhirnya,aku dapat pergi jugak.

Ni kira first time kot pergi kem.Hehehe,then dalam masa yang sama jugak aku disakat oleh member-member aku.Sumpah malu doh! Hanya orang yang tertentu je yang tahu about tu.Korang stop it ok.Dia bukannya suka apa yang korang cakap tu.Muka dia aku dapat tahu weh.Ah! Lupakan.Habis je meeting kami gerak KTV.Ramai jugak follow.Antaranya,Aby,Syamim,Dayah,Naim,Zul,Tyra,Ari,Fatin,Kak Yana,Panjang and Nad.Best gila layan,even aku nyanyi just satu lagu je.Hahaha! Yang Ari bawak ular.Sumpah aku benci ular.Geli gila! Tamat je sesi karaoke,kita orang balik then lepak foodcourt.Syamim pulak,kenakan aku about apa yang type dekat blog ni.Dia bagi member-member aku yang lain baca.Dorang tergelak-gelak pulak.Malu doh! Sabar jelah.Ok lah tu,Panjang sangat aku type ni.Esok-esok aku cerita lagi.BYE!





By,
Ryn Dzulkhairi

29 JULY 2010

Tadi aku baru lepas balik makan-makan dengan my dear bestfriends.Aku lepak dengan Ekin,Mimi and Nadia.Wow! Sumpah rindu nak lepak dengan korang semua.Bila lepak je tadi best kot! Gelak-gelak semua lah.Hope kita dapat lepak lagi.Esok aku dah start busy.Yelah balik class maybe sampai rumah pukul 6 lebih and pagi-pagi buta dalam pukul 1 pagi aku kena buat pelamin.Tak tahu buat kat mana.Rasanya follow angah aku amik gambar.Hurmmm...kerja, kerja kerja :)

Esok aku ada class.Aku dapat mesej from budak-budak aku tanya "ada class tak?".Aku memang suka hantar mesej mengatakan ada class ke tak.Wahai kawan ku esok ada eh! Hahahaha,tak apalah.Aku kena bagitahu jugak kat korang.Nanti cakap aku apa pulak kan.Kena tolong member babe.Hehehe :p Ok lah,badan aku dah penat pulak.The End!




By,
Ryn Dzulkhairi

28 JULY 2010

Yes! Akhirnya habis jugak exam aku.Lega...Alah,just 4 paper je.Tapi 4 paper pun berjanggut aku tunggu.Tadi exam Tipografi boleh tahan jugaklah.Dapat jugak aku menjawab.Now,kita lupakan about exam.Esok tak ada class.Bestnya! Hehehe,boleh tidur sepuas-puasnya,ZzZzZz...

Ha! Aku nak cerita sikit about hubungan aku dengan si dia.Siapa si dia tu? Haaa...siapa lagi kalau bukan my husband.Weh,aku dah baik balik dengan dia.Tak jadi break-up cause aku still sayang dia.Semalam,time aku study,dia call banyak kali lebih 30 kali kot.Tapi dengan keeogaan ku ini,aku tak jawab call dia.Lama-lama tu,aku angkat jugak.Lama jugak nak berbaik.Akhirnya,aku cair dengan kata-kata dia.To my friend yang nasihat aku semalam,thanks."I dah berbaik dengan dia.I'm happy now".

TO AIDIL MAHATHIR: "Sayang,jangan benda yang baby tak suka tu lagi eh.Kalau buat jugak tak tahu nak cakap apa.Honey dah janji nak berubah kan? Ok,I'm sorry too cause baby sakitkan hati honey.Sorry too cause buat hidung honey tersumbat semalam.Tersumbat? Hehe :p I LOVE YOU"





By,
Ryn Dzulkhairi

27 JULY 2010

Paper *Rekabentuk Grafik 1:Pengenalan* baru saja habis hari ini.Agak pecah otak untuk aku berfikir even aku dah baca.But still can answered it.Tapi! Bukan semua aku tak boleh jawab ye.Baik tak payah datang if dah terlalu B_ _ _ _.Habis je paper,semua muka masam je cause soalan susah sikit.Alah,dah lepas malas pulak aku nak fikir.Esok paper Tipografi pulak.Ni lagi boleh kepala aku berpusing 360 darjah.Hehe :p After this aku study.

Hurmmm...tiba-tiba moody aku datang bila aku nak type ni.Perasaan sedih melanda dekat aku.It's all about my husband.Aku ada problem dengan dia.Nak tahu? Aku rasa tak payah.Ini terlalu sulit untuk aku kongsi problem.Just aku dengan dia je.For your info,aku nak break-up dengan dia.Tadi aku ada text dengan sorang budak ni (secret).Ok ni hasil perbualan aku.Tapi kejap je:

Aku: You,nanti text.I tak ada mood.Sorry,bye...
Dia: You,asal ni? Kalau ada problem bagi tahu lah.Mana tahu I boleh tolong ke.
Aku: Hurmmm...I gaduh dengan Aidil,adalah sebab-sebabnya.I nak breakup dengan dia.Now,you just TOLONG TENGOK je apa yang I text.
Dia: You! Benda boleh settle kan.You tak sayang ke 2 tahun you dengan dia? Lepas tu nak break.2 tahun you! Lama kot.
Aku: Orang baru kahwin,esok dah cerai.Jodoh you...Tipulah I tak sayang hubungan,tapi nak buat maam mana.Maybe dia bukan untuk I.Tak apalah you,I try settlekan.

See! 2 tahun tu.Mesti korang kata aku ni bodoh kan? Hurmmm...Sayang,I'm sorry cause baby cakap macam tu.Baby tak tau kita dapat bersama lagi or tak.Bagi baby masa ok.If tak,jaga diri ok.I know,honey boleh cari girl yang lebih baik dari baby.I Love You.END :(




By,
Ryn Dzulkhairi

26 JULY 2010

Yehaaa! Best gila balik kampung,snap-snap picture mereka semua.Semalam baru aku balik.Ingatkan nak update blog semalam.Tapi penat pulak,yelah baru balik.Tapi serius best sangat-sangat jumpa cousins.Buat BBQ and celebrate birthday yang siapa punya birthday bulan 7.Korang nampak tak picture dekat bawah ni? Ni hasil editing aku yang pertama.Agak susahlah,but aku mencuba :)

Tadi aku ada exam BI.Agak blur sikit,mana taknya tak study pun :p But still boleh jawab jugaklah.Time exam,lect aku En Syafiq menyakat aku.Dia kata aku tulis tulisan Jerman.Siot je! Cakap pasal dia esok aku exam Rekabentuk bahagian Penganalan.Malam ni aku kena study cause esok exam pukul 9 pagi.Oklah,tu jelah.Eh to my sayang,Aidil Lemak: I LOVE AND MISS YOU!




By,
Ryn Dzulkhairi

23 JULY 2010

Yeah! Akhirnya tamat jugak exam aku.Eh,aku ni macam dah betul-betul je habis,baru je satu paper dah nak kecoh,hahaha :D Lantaklah! Agak susah jugaklah,yelah first time jawab exam dalam kolej.Bajet je,hehehe :P Ada satu soalan yang memerlukan kreativiti aku untuk melukis poster.Temanya tentang "Hari Kanak-kanak".Pada fikiran korang mesti kata senangkan.Aku pun macam tu jugak mula-mula.Tapi bila je start pegang pencil,haaa...dah jadi bengong! So,hasilnya lukisan aku macam budak-budak tadika,hahaha! Huh! Habis je paper,aku melulu ke foodcourt untuk melantak(makan).

Then,aku balik cause nak balik kampung.Cakap pasal kampung rindu pulak.Yelah,bila ada event for family,muka aku mesti tak ada kat situ.So now,aku balik! Aku balik kampung pun cause ada makan-makan before puasa.If tak,aku tak jadi balik tau,ingatkan ada buat pelamin.Rupanya tidak,silap tengok tarikh.Hehehe :P

Untuk kawan baik ku,Nor Ashikin.Sorry sangat-sangat cause aku tak dapat jumpa kau.Ayah aku suruh balik lah.Yelah aku jarang balik kampung.Sorry tau.If ada masa nanti kita jumpa ok.Aku rindu kau :( and to my sayang,Aidil Mahathir.Baby tak ada kredit lah.If ada duit baby top-up ok.Miss you so much! Oklah,that's all :)




By,
Ryn Dzulkhairi

21 JULY 2010

Tadi aku pergi kolej dengan satu tujuan nak ambil slip exam.Dah habis je,tiba-tiba perut aku gedik kata "nak makan,nak makan" hahaha! So,aku lepak dengan Aril pergi makan.Habis je makan,aku tunggu Kak Dayah cause dia nak bagi kertas Ai aku.Sementera menunggu,Aril ajar aku about adobe dekat foodcourt.Susah jugak oh,sumpah pening.Tak apa,nanti aku belajar jugak.Then,Kak Dayah pun datang.Selepas Kak Dayah kita bagi-bagi kertas,aku lepak dengan Syamim and Zul.Sumpah kita orang bosan.Yelah hari ini mana ada class.Apalah! Then,Syamim and Zul lepak kolej nak online.Aku stay lagi dengan Kak Dayah dengan Aril.Dah tahap kebosanan,aku and Aril lepak dengan mereka berdua kat kolej.Time nak masuk je kolej nampak anak korea ni pulak.Siapa lagi si Aby Bieber.Hahahaha! Dia tu,tak tentu arah aku tengok,so aku cakap lepak dengan Syamim semua.So,lepak lah sekali.

Habis je tengok dorang online,aku dah bosan gila.Then aku ajak Aril balik.Rumah aku dengan Aril dekat jugaklah.So naik sekali dengan dia.Balik je,aku call my husband.Dari pukul 1 macam tulah,aku call dia tak angkat-angkat.Dasar tidur mati si gemuk tu! Hehe.Aku dalam perjalanan nak ke rumah baru dia angkat.Macam-macam alasan aku dengar.Hesh! Sabar je lah.Sayang punya pasal,maafkan jelah.

Hari Sabtu maybe aku balik kampung cause ada makan-makan.Huh! Rindu dekat cousins aku.Insya-Allah aku balik eh.Yelah,jumaat and minggu depan aku exam.So mak aku nak aku stay dengan nenek aku.Kesian nenek aku tinggal sorang-sorang.Tapi paksu aku kerja,malam ada lah dia.Aku nak balik kampung! Ada BBQ,tak boleh lepas ni.Hope aku dapat pergi.Oklah,tu je.Bye :)




By,
Ryn Dzulkhairi

20 JULY 2010

Aku baru je bangun ni.Penat sikitlah.Maybe aku bangun pagi tadi kot.Yelah,bangun pagi cause ingat ada meeting for dance.Datang dalam pukul 11:00 am.But bila datang je tak buat-buat lagi.Takpe,aku still tunggu.Club aku ada buat jualan.So,dah lapar sangat aku beli lah dekat dorang.Dah habis je makan,member aku zaty and kecik datang.Dorang kata nak lepak surau.Meeting pun belum start,aku pergi sana.Habis je lepak,aku pergi class.

Wow! Jumaat ni dah start exam mid-sem.Adoih,cuak pun ada.This Friday paper Ai dulu.Agak susah sikitlah about computer ni.Yelah,time kuiz asyik meniru je kerja,hahaha.Mana tak cuak.Dalam class jugak aku dibuli sama Fahmi,budak classmate aku.Sabar jelah dengan kau.Hesh! Habis je class,aku bayar duit PTPTN.Agak bengang sikit lah dengan kakak kat situ.Dia kata aku tak hantar detail for PTPTN.Eh hello! Dah bagi ok.Cari punya cari,borang aku paling bawah sekali.SEE! Sabar je lah.Tapi salah aku jugak act.Yelah,bagi dekat kakak lain.If pasal PTPTN kena bagi dekat kakak tu.But kau kena check dulu.Jangan main melulu je cakap aku tak bagi.

Selesai je bayar.Aku balik dengan member aku.Sumpah letih! Sampai je rumah,aku mandi,makan then tidur.Ni tak tahu lagi about dance ada ke tidak esok.If takde ok jugak,hehehe :p Tapi aku kena datang kolej jugak esok.Nak amik slip exam.HUH! Oklah,tu je untuk hari ini :)



By,
Ryn Dzulkhairi

18 JULY 2010

Semalam aku try tidur lambat cause nak call my husband.Kononnya nak buat SS.But tak menjadi,mata aku ni tak boleh nak menahan.So bangun je pagi aku cuba call dia.But dia tak angkat pulak.Baru nak mintak sorry.Tengok-tengok si gemuk ni 'tidur mati'.Aku call dia 2 kali je,hehehe.Ingatkan boleh dengar suara dia bangun tidur macam mana.Si lemak tu,selalu ejek-ejek aku bila dia call aku tengah tidur.Now,tak dapat pulak dengar suara manja dia tu.Hurmmm...tak apa.Banyak lagi masa.Tengoklah esok macam mana kan sayang.Hehehe :P

Today jugak aku keluar pergi carrefour dengan angah and adik-adik aku.Tujuannya nak beli kereta sorong.Bila sampai tak ada pulak.Hurmmm...Then,adik aku ajak main game dekat situ.Mula-mula aku ingat macam malas je.Bila duduk je game kereta,masuk coin.Terus syok gila! Hahaha :D Lama jugak aku kat situ.Lepas tu angah aku ajak balik.Dah penatlah tu menunggu,hehehe.Then,kita orang balik.

Sampai je rumah angah aku,kita orang kena kemas rumah.Lama jugak tak pergi rumah angah aku.Habis je kerja,aku rehat-rehat sambil tengok Niyang Rapik.Aku dah tengok cerita tu.But dah bosan sangat.Tengok jugaklah.After that,baru balik rumah betul aku.Penat gila kot kemas tadi.Tapi best :) Oklah...Tu je.THE END



By,
Ryn Dzulkhairi

17 JULY 2010

Hello! Aku buat blog lagi,hehe :p Ok,ni blog kekal aku.Blog ni about hidup seharian aku.Everyday I'll updates this blog.But,aku tak akan cerita yang terlalu privacy sangat dalam blog ni.For your info,aku akan type apa yang aku suka.If kau tak suka,berambus dari blog ni ok?

For today,aku nak cerita sikit je lah.Kalau tak today aku nak cat bilik.But,tiba-tiba perasaan MALAS melanda.So,terbengkalai lah kerja aku.Bila tak buat kerja,boring pulak.Hari ini,hari Sabtu.So,time-time macam ni lah hangout kan? Hurmmm...tak apa lah.Stay rumah lagi bagus.

Eh,aku nak cakap sikit.Aku rindu kawan aku seorang ni.Nama dia,Nor Ashikin binti Saiman.Oh dear,I really miss you.Aku rindu nak borak dengan kau.Banyak cerita kot nak cerita dengan kau.Ingat kau balik hari ini.But,kau ada exam Mid-Sem pulak.Tak apalah.So,goodluck ok! If kau free nanti balik eh.That's all for today.



By,
Ryn Dzulkhairi