4 - 6 AUGUST 2010

Ok guys! Aku nak cerita pengalaman aku pergi Taman Negara.Sumpah best gila pergi sana dengan budak-budak DRG.Sumpah best gila! So,jom baca apa yang aku lalui selama 3 hari disana.

4 AUGUST 2010: Aku pergi menaiki kereta yang dipandu oleh bapaku untuk menuju ke KL Sentral.Aku gerak dalam pukul 7.20 pagi macam tu lah.Kena ada kat sana pukul 8.00 pagi.So kena gerak awal lah.Sampai je sana ingat aku je sorang awal.Ramai lagi yang lebih excited datang awal.Before letak barang aku beli makanan.Then,salam and cium-cium mak aku.Lepas tu aku pergi dekat dorang semua.Bila semua dah ada time untuk bertolak.Aku dapat sit belakang.Duduk seorang diri.Best kot boleh buat apa je.Then,ada jugak datang kat sit aku.Kami enjoy gila masa OTW pergi sana,tapi banyak berhenti.Tak tahu kenapa.Akhirnya,kita orang berhenti makan dekat tepi jalan.Aku makan nasi ayam and teh ais.Boleh tahan jugaklah.Before makan,ada perkara terjadi pada aku,ini pasal En Syafiq.Haih! Sabar jelah.Nak tahu ke? Rasanya tak payah! Malu doh.Habis je makan,kita orang teruskan perjalanan lagi sampai lah dekat Taman Negara.Then,angkat barang cari chalet.Bersyukur tempat kita orang complete and selesa.Aku satu bilik dengan Ayu,Ika and Dayah.Bilik budak-budak lain ok jugak tapi bilik for lelaki kurang memuaskan cause tak ada air,bilik panas and so on.Habis je pasal bilik,kita orang ada aktiviti.Pergi mandi dekat Lubuk Simpon.Best jugaklah.Pada waktu malam pulak ada Night Walk.Gelap gila pergi sana sampai Dayah kaki Dayah terseliuh.Kesian dia...Then,balik tidur.


5 AUGUST 2010: Bangun pagi aku dikejutkan oleh Miss Revathi.Dia kejutkan aku pakai bantal.Hahaha! Aku ni susah sikit bangun pagi.Lepas bangun mandi and breakfast.Selesai je makan,kami kena berkumpul di Aki Chalet(nama tempat kita orang tidur).Lepas buat senaman,kami kena daki Bukit Teresek.Bapak tinggi! Sambil mendaki kami perlu tahu jenis-jenis tunmbuhan dekat situ.Yang diterangkan oleh Abang Michael(tak tahu nama dia).Aku adalah group pertama yang disertai oleh Abang Ameer,Eppy,Ayu,Dayah,Nawi and Akil.Lepas tu kita orang kena daki bukit sampai ke puncak.For your info,aku orang pertama girl yang naik kat situ.Power tak? Hahaha! Lepas tu,kita orang turun balik cause nak naik Canopy Walk.Sumpah cuak! Belakang aku aku Muhaimin.Dia gerak-gerak lebih pulak kat situ,depan aku pulak Abang Nasyriq.Kesian dia cause takut.Hesh! Jahat betul Muhaimin.Then,kita orang balik ke tempat masing-masing.Sampai je kena rehat cause lepas ni ada aktiviti lagi.Banyak betul kan.Hurmmm...Dalam pukul 3.00 petang kena berkumpul lagi.Lepas tu,kita orang pergi ke boat yang telah disediakan.Aku group yang pertama so naik dulu,hehe.Kita orang kena tunggu boat2 yang lain.Tiba-tiba boat group ke-2 datang,giude tu pegang tempat kayuh tu,dia simbah air kat kita orang.Basah gila kita orang.Then,boat2 kumpulan yang lain.Apalagi balas dendam lah.Tapi sumpah best gila.Nama aktiviti ni Rapid Shooting.Bukan Rapid KL eh,Hahaha! Ada samapi kasut tercicir dekat sungai tu semata-mata nak balas dendam.Adoih,kesian betul.Tapi fun gila lah.Kemudian,kita orang pergi mandi sungai dekat satu tempat ni.Temapt tu aku pernah pergi cause last year pernah pergi under family aku lah.Lepas mandi tu.Aktiviti balas dendam ada lagi.Sampai lah kat jeti.Haih! Geram+syok! Ok habis je,ada makan malam.Buat BBQ dekat tepi pantai.Before dorang siap-siap kan makanan,kita orang main game.Then,kita orang makan ayam and nasi goreng.Air oren memang bagi aku kencing manis.Minum jelah sampai habis.Kemudian,dorang ada buat nyanyi sambil main gitar.Sakat-sakat orang.Tapi aku duduk tepi je cause melayan kan perut yang ada angin.Lepas tu,kita orang lepak dekat satu gerai ni.Dorang main card and shisha.Time tu ada sesi temuramah bersama aku cause dorang kata aku ni seorang yang pendiam.Habis je,aku naik lepak dengan budak yang stay depan chalet.Kemudian,Ary and the geng nak buat plan nak takutkan orang.Jadi hantu! Tapi yang berjaya,cuma 3 orang.Ziera,Hus and Apple je.Tapi menjadi jugak.Congrats! Hahaha,lepas tu(banyak kan lepas tu,hehe) Aku masuk tidur cause esok nak bangun awal.


6 AUGUST 2010: Aku dikejutkan oleh Eppy.Dia call aku tapi aku tak angkat.Then,aku mandi.Bapak sejuk air dia.Tapi layankan aja.Lpeas breakfast,aku tengok budak-budak DRG yang amik lukisan 2 untuk melukis.Dorang kena lukis serangga dalam keadaan zoom-in.Dalam pukul 11.20 pagi macam
tu baru check-out.Aku letih gila so tertidur dalam bus.Samapi je dekat satu tempat ni,kita orang pergi makan MCD.Aku lepak makan dengan Eppy,Aby and Dayah.Dorang kacau-kacau aku.Dorang cuit-cuit aku cause aku melatah.Hey! Aku tak suka melatah.Hish! Geram je.Habis melantak,naik bus teruskan perjalanan.Weyh,ada satu kes yang amat memalukan aku.Aku nak terkencing dlaam bus.Aku cakap dekat Dayah yang aku tak tahan.Sumpah weh tahap maximum.Driver bus tu tak nak berhenti kat tol pulak.Actually dah nak sampai KL Sentral tapi jalan jam gila time tu.Aku dah macam orang gila da.Budak-budak lain dah sakat aku.Nak bagi aku kotak lag,plastik lah and macam-macam.Aku tak boleh tengok nanti aku fikir nak terkucil je.Yang Abang Ameer pulak,ambik gambar aku tengah tahan.Adoih,malu gila time tu.Budak lain dah sorak-sorak kononnya bagi semangat.Semangat apa nya,lagi tak tahan adalah.Sampai je depan KL Sentral aku mencicit cari toilet.Dorang dah bahan-bahan aku.Lantak lah janji aku lega.Habis je proses melepas,aku cari beg.Then dorang tanya aku "ok tak? ok tak?" Hey,I'm ok! Hahaha,kemudian tunggu parents nak balik.Sampai je rumah,aku dengan tak mandinya,terus tidur.Dalam pukul 9 lebih aku bangun nak mandi.Tak selesa.Lepas tu makan and tidur balik.


Tu jelah yang aku nak cerita mengenai pengalaman pertama aku pergi ke camping.Memang happening.If my parents bagi lagi.Aku nak pergi lagi.Tu jelah,aku nak cerita.Hope you guys enjoy reading.





By,
Ryn Dzulkhairi